01 January 2011

Dessert Itu Sedap


Mana entry review 2010?
mana, mana, mana? (gema)

Tiada ulasan.

Tiada apa yang menarik untuk dicerita. life macam biasa. macam roda. kadang2 di atas, kadang2 di bawah. ok, tak payah cakap pasal roda. berbalik kepada kehidupan, yeah. masih seperti biasa.

Siapa cakap duduk di rumah bergoyang kaki menjadi penganggur berhias adalah sesuatu yang membosankan? siapa cakap? cuma perlu kreatif je memikirkan aktiviti menarik untuk dibuat.

Contohhhhh? memasak. wow tiba2 saja bold.


1. TRIFFLE



I love dessert and confections very much. tapi tak mampu la nak buat dessert lawa gila macam kat kedai tu. comot gila. kuah custard macam ter-banyak sangat. lapisan bawah tu saya guna swiss roll, tapi nipis. so tak jadi sangat. supposedly, kena guna swiss roll yang tebal tu, baru cantik kot.


2. PUDING KARAMEL


simple dan senang je nak buat sebenarnya. main ingredients adalah telur. tu pun saya dah kurangkan. kalau dalam resipi guna 6 biji telur, saya guna 4 biji je. HAHA. tanak la banyak2. kolestrol tu. ecehh~ puding karamel ni keilhatan nipis bukan? ya, memang nipis pun. mari salahkan loyang dalam hal ini. sape suruh loyang besar sangat? haha.


3. HOMEMADE ICE CREAM


resipi ni saya amek dari blog sis beba. serius senang and rasanya sama macam ice cream kat kedai. TAPI takde la sedap sangat macam ice cream baskin robbin tu. over ah engkau. HAHA. the main ingredients nak buat homemade ice cream ni adalah coffeemate and fresh milk. aik, tu je? ye, tu je. nape tak caye? tak caya sudah, nama kau dollah.

* ekceli, beli ice cream yang jual kat kedai tu lagi murah kot. sebab kalau buat sendiri, coffeemate aje pun dah berapa. tapi nak cuba sendiri punya pasal, mahal pun mahal la. at least kalau orang tanya ‘reti membuat ice cream tak?’ boleh la menjawab dengan bangga, ‘mesti la reti..ha ha ha’. riak di situ.


p/s: dah cuba resipi ‘ayam ungkep’ dalam blog jijah. sedap, not bad. ekceli cara masak macam sama je dengan masak lemak cili api, cuma yang ni tak letak santan. pastu juz tambah rempah ratus sket. am i right jijah? correct me if i am wrong. hee~



2 COMMENTS :

beba said...

dah try ek..best kan? hehehe..

tapi rasanya mmg cam lagi murah kot beli satu tub yg dah siap tu..rasanya la..tak plak wat budget btol2 and comparekan..hehehe..

aDyLLa OmaR said...

sis beba,

yup~ suka suka! sedap..
thx for sharing is caring the recipe~ hee!

tu la.. rasa lagi murah beli yang dah siap kot. ehehe~ xD