21 June 2011

gunung sama didaki, lurah sama dituruni.


hakikatnya, bukanlah mendaki gunung pun. sekadar mendaki bukit je, kahkahkah.

sabtu lalu bertempat di area melawati, kami sejumlah 6 orang (budak2 office) telah bersepakat mendaki bukit tabur. kenapa bukit tabur? entah la mana la aku tahu. barangkali sebab banyak batu bertaburan kot.

amaran: entri ini banyak gambar. sekiranya ada gambar yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, sila gambarkan saja menggunakan daya imaginasi anda. haha



gambar pertama. yang di belakang sana adalah bukit tabur.


belum daki lagi dah rasa cuak. terus give up rasa macam nak patah balik sambung tidur (masa ni pukul 7.30 pagi). scary. mampu ke panjat? ada 4 puncak kalau tak silap. ramai jugak orang daki bukit ni rupanya. parking pun susah nak dapat. gila betul. ingatkan kat shopping complex je parking penuh, kat lereng bukit pun penuh? tak faham betul aku.

kami start dengan stretching sikit, pastu baca doa. Farid (ketua) cakap kena hati2 nak daki bukit tabur ni, sebab pernah ada insiden2 yg tak best berlaku. adoi terus cuak! dah nak naik baru cakap kan?


i'm leading!! haha. ok, dalam gambar boleh la tipu. hakikatnya?? tak leading pun =.=' mula-mula hiking, agak payah jugak la. sebab mendaki je. TAPI bila dah sampai tengah2, trek jadi makin senang. tak susah macam mula-mula hiking. the hardest part tu, time mula-mula je la. seriously kena ada kekuatan tangan. dan of course mental pun kena la kuat. sebab banyak kena panjat batu, turun bukit, naik bukit, dsb.


puncak ke berapa entah tak ingat dah. tapi beginilah keadaan bukit tabur. berbatu-batu, bersemak-samun, berkayu-kayan, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian. ok fine mengarut.


cabaran pendakian. itu dia si gadis comel bernama Tina. my senior aka my mentor di tempat kerja. jejaka di dalam gambar tu la Farid. tunang kepada si gadis di dalam gambar tu. Farid sorang je lelaki. lagi lima ahli pendakian adalah perempuan. cuak jugak la si Farid ni sebab takut tak mampu nak handle kita orang.

apa yang best pasal pendakian ni, bila kami sampai di puncak pertama, rasa sangat kagum dengan keindahan alam. kami kat tengah-tengah. sebelah kiri, bandar Kuala Lumpur yang pesat membangun. kelihatan berjerebu dan tercemar dari pandangan atas. sebelah kanan, tasik nan indah belum diusik pencemaran. kagum sebentar. rasa macam mahu menitis air mata. eh overr ah engkau dila.


sebelah kiri kami. inilah kuala lumpur. (sebenarnya kuala lumpur macam kat tengah sana sikit. ni area bukit antarabangsa ke apa entah). nampak tak kepesatan kota? nampak, nampak? bangunan, rumah, kilang, jerebu. dan tiba-tiba ada satu rumah kat tengah-tengah bukit. korang nampak tak bukit yang kat tengah, pastu ada bulatan merah. fyi, itulah rumah Datuk Yusof Haslam. sebenarnya, hampir berhasrat nak singgah rumah beliau lepas daki bukit tu, tapi tak jadi. korang faham kan, saya tak serious?


sebelah kanan kami. tasik. (sebenarnya empangan). sangat cantik. kepada yang belum mendaki dan bakal mendaki, digalakkan membawa tisu banyak-banyak. ada kemungkinan anda akan menangis melihat permandangan yang sangat cantik ni. subhanallah, a very breathtaking scenery. tiba2 ada sorang mamat terselit dalam gambar tu. tengah layan perasaan ke apa? haha.



boleh nampak highway. tapi tak pasti pula highway apa.




tiba-tiba ada anjing atas puncak. terkejut gila. ini adalah perkara yang paling mentakutkan. nasib baik anjing ni tak kacau orang.


Farid yg control macho & Tina yg comel


dah jauh mendaki tiba-tiba ada satu tempat macam dalam cerita Avatar. terus feeling ala-ala macam zaman purbakala gitu. sejukkk sangat tempat ni. korang mesti tak caya kan?


p/s: kepada RUBI DIYA, ini saja yang ku mampu update. gila boring kan? HAHA.

6 COMMENTS :

rubi @ cawan2 said...

pergh!! ko memanjat? ak mmg x ar.

haha.. cam aku kenal yg pakai tudung kelabu tuh. ke slh org weh? kekeke..

last skali, gila gigih ko memanjat!! wargh!!!

i M a Z a i M i said...

dila?? bukit yg mana satu rumah dy? x nampak2...

aDyLLa OmaR said...

rubi,

ye aku pun tak sangka sebenarnya aku ada hobi memanjat bukit kah3.

hah betul la tu. tak silap mata kau memandang. ko kenal si tudung kelabu tuh.

last skali, maseyh! hahah.

aDyLLa OmaR said...

ima,

mula2 tak faham comment ima. dah lama2 baru faham. haha. gila blurr.

u mean, rumah yusof haslam kan? boleh tengok balik gambar. dila da edit. rumah dia yang ada circle merah tu. hihi~

nampak tak? kecik sangat kan.

dotdlegend said...

hoho bestnyeeeee.... good job dila. hehehe ;)

aDyLLa OmaR said...

kak dot,

hehe. thank you sis. apa la sgt mendaki bukit berbanding Tahan. xD