Apesal banyak cite pasal Barbie doll ni? eh Barbie doll keluar sekarang!
Masa cuti dimanfaatkan dengan.. cabut gigi! Oh unsangkarable. akhirnya! finally! anda masih ingat entri ini? maka, telah terbukti beberapa point di situ.
- Jumpa dentist ditemani ibu. berteman. checked!
- Gigi sakit. checked!
- Dipaksa oleh ibu. checked! ya, memang kena paksa rela. ibarat macam kerelaan dan kebahagiaan dalam perpisahan (hoii merepek!). ibu siap marah, ‘sampai bila nak tangguh?’. wuuu kan dah kena marah. baiklah ibu, akan ku turuti. nasib baik ibu ajak masa tu jugak. kalau dia ajak malam sebelum tu, kompem nightmare! paling tidak pasti aku fikir berlebih-lebih sampai tak boleh tidur. kasihan bukan?
Maka, dua gigi telah dikorbankan. inilah hikmah pengorbanan. inilah hikmah Maal Hijrah. Hijrah itukan pengorbanan? Aidiladha itu kan hari raya korban? *tiba* Oh ya Aidiladha yang lalu, saya telah mengayam ketupat daun palas dengan jayanya, setelah first attempt di Aidilfitri tahun lalu tidak berjaya. yeayy usaha itu tangga kejayaan.
Kejap, kedengaran seperti saya sedang bercerita kisah Aidiladha lalu, bukan? Ok ceritanya begini......
Tak payah la dila. dah terlambat. =.=’
Sambung cerita cabut gigi.
Dentist berkata akan ada beberapa tampalan dan cabutan. gulp~ ok nekad! walaupun masa kat rumah tidak senekad itu nak jumpa dentist. tapi semasa mamandu, tiba-tiba berubah fikiran. bukan apa, dah alang-alang ibu saya nak jumpa dentist, apa kata saya pun jumpa sekali? buang hati tikus jauh-jauh dalam laut. magik tak, magik taakk? dila yang pentakut ini tiba-tiba berubah menjadi sekuat harimau! gunalah sabun KUAT HARIMAU untuk basuhan sempurna~ *iklan*
Kalau nak merepek, sila keluar!
…..lalu dila pun keluar dari entri ini.
.
.
.
…..lalu dila pun masuk balik (eh kalau tak, siapa nak sambung tulis entri ni?)
FINE! merepek lagi. terhuyung-hayang dah entri ni aku rasa. sabar ya pembaca sekalian. saya sambung, saya sambung.
Tadi cakap pasal apa? oh ya, nekad cabut gigi. kau tahu nekad tahap yang macam mana? nekad sampai suruh doktor cabut dua gigi sekaligus hari tu. dentist tu tak berapa syorkan, tapi saya nekad juga. dengan alasan, ‘saya cuti kejap je doktor. pleaseee~’. ewahh siapa pulak dentist sekarang ni? suka kau nak overshadow orang ya dila?
......eh mana ada?! HAHA. (tak nak kalah, macam biasa)
lalu doktor yang prihatin tu cabut juga gigiku yang 2 batang itu. sekejap saja, tak sampai setengah jam urusan saya dan ibu dua beranak dah selesai. HAHA. kelakar sungguh. bukan main ya kamu anak-beranak, cabut gigi sama-sama?
Maka, terus memandu pulang. nasib baik masih boleh memandu. manalah tahu, kalau-kalau doktor cabut gigi terus gelap mata tak boleh memandu. see? suka fikir lebih-lebih. ala, cabut gigi takde la sakit macam period pain. period pain tak boleh memandu kau tahu? kalau tak tahu, tanya orang cukup tahu. maksud saya, perempuan. hehe~ *kalau pening dengan perenggan ni, sila padam*
Esok lusa follow-up untuk tampalan pulak. meoowww~
p/s: Salam Maal Hijrah 1433H








0 COMMENTS:
Post a Comment