hari rajin mengupdate blog sudah tiba. mari raikannya hoyeahh! saya kira kerajinan ini pasti disebabkan hormon adrenalin (hoii dila main hentam je sebut) naik secara mendadak, sebab tu saya rajin update. ok, cukuplah masuk bakul angkat sendiri.
semalam melaksanakan laundry berbakul-bakul. kau tahu apa akibatnya kalau bertangguh-tangguh laundry? apa?? takde orang nak buat bini? HAHA itu satu la. tapi kan, kalau orang laki pun malas buat laundry, tak payah la sibuk-sibuk nak cari isteri yang rajin buat laundry. banyak santek? hidup bersama mesti saling melengkapi, tahu? isteri sibuk memasak, suami bertungkus-lumus mengerjakan laundry baru betul. barulah hidup rukun aman sentosa, tak gitu? (ewahh bermadah!). ok lah, banyak merepek. boleh padam perenggan ni.
*padam!
tadi cakap pasal apa? oh ya bertangguh-tangguh mengerjakan laundry. kau tahu apa akibatnya? kerja akan jadi double, berganda-ganda. wah dah double lagi nak berganda-ganda. macam-macam la kau ni dila. dah sambung. kenapa kerja jadi jadi berganda-ganda? pastilah sebab selepas membasuh baju yang berbakul-bakul, hakikat yang pasti adalah kau akan melipat baju secara berbakul-bakul juga. ngeri bukan? ngeri, i tell you. malah boleh mendatangkan marah. ceh tetiba.
malas, cakap jela malas kan?
iya, malas. huhuh jujur di situ. mungkin sebab tu la saya tak layak lagi memikul tanggungjawab besar. kalau dah ada keluarga nanti, lagi bertambah-tambah tanggungjawab. lagi berbakul-bakul baju yang perlu dilipat. (ceh nak gak kaitkan dengan baju berbakul-bakul). maka, betulkan diri sendiri dulu, lengkapkan diri sediri terlebih dahulu sebelum kita lengkapkan kehidupan berumah tangga kelak.
eh perasan tak macam banyak mengupas isu rumah tangga pulak hari ni? hoho. nak buat macam mana, rumah saya memang ada tangga. rumah kau ada? =.='
maka, moral of the story, jangan kita dambakan nak hidup berumahtangga cepat-cepat kalau diri sendiri pun tak betul. betulkan diri sendiri dulu, baru betulkan diri orang lain. yang pasti, Allah know the best. the time will come, when you're ready. jangan cepat melatah kenapa masa kita belum sampai, kerana pasti ada hikmah di sebalik kejadian. (wahh dapat juga karang ayat dengan kemas)
selingan. sekarang tengah layan lagu hindustan sambil tulis entri. best jugak layan feeling petang-petang. suara lunak merdu sungguh. dah la lagu tak habis-habis sebut dyll, dyll. whoaa, kan dah terperasan aku *blushing*
nah tampal heroin hindustan cantik manis, aishwarya rai. hi ash! kita pakai shampoo rambut yang sama. *tiba*







2 COMMENTS:
menjawab soalan ko di entry lalu, aku mana ada hilang ar. fesbuk kan ado~ haish~ hahaha..
lagu dyll, dyll memang banyak.
lagu diya pun byk gak ar~ (xnk kalah. :P)
rubi,
hilang jugak! CM ko mane?!
glemer giteww dyll auwww! *nak kena lempang??*
lagu diya? contoh? dil to pagal diya hey? :D
Post a Comment