20 December 2011

middle.child.emo

Assalamualaikum.

Kebelakangan ni, aku sangat sensitif bila diutarakan dengan isu-isu... ah, isu apa-apa saja la. terlalu banyak. sampai kadang-kadang beremosi tak tentu pasal. saat tu, memang aku rasa ingin terbang pulang ke rumah saja. bersenang-senang dan berkasih sayang dengan keluarga di rumah bukankah indah? hidup di perantauan hanya memilukan perasaan saja. dan kadang-kadang tu menyakitkan hati. lebih-lebih lagi kalau kau rasa macam kau sebatang kara saja, sedangkan... kau ada 5 batang kara lagi. (??) kara tu apa sebenarnya? ah, kau pasti tak faham bukan? memanglah tak faham. aku yang tengah mengalami gangguan emosi, masakan kau boleh faham?

bila beremosi, mudah saja mengalirkan air mata duka. nak buat macam mana, sudah lumrah wanita. kalau tidak dilepaskan, berkemungkinan besar kau bakal jumpa pakar psikologi. taknak lah.

jadi, terlebih dahulu aku susun jari mohon maaf kepada sesiapa yang ada terasa hati dengan sikap aku. well, aku baru 23 (baru ke?) banyak benda aku terlepas pandang dan aku tak sempurna, tak mampu nak puaskan hati semua orang. aku bukan malaikat.

masalah terbesar aku adalah aku tak dapat menipu air muka aku, ketika aku sedang beremosi. (walaupun kadang2 tu aku macam terer gila sorok air muka. kata orang, hati pedih, muka manis. whatever la)

so, aku memang beremosi yang aku kira tak tahu sebab apa. ada kala, bitter tak tentu pasal. bitter dengan darah daging sendiri walaupun aku rasa, aku tak perlu jadi macam tu. mungkin ini padahnya menjadi anak nombor dua. kau akan mengalami middle child syndrom. (walaupun aku anak nombor 2, ah kira middle la tu). kau akan rasa perasaan 'feels don't belong' dan sebagainya. seterusnya, kau akan rasa terabai dan tidak mampu berdikari kerana sebelum ni kau ada depedencies. contohnya kau selalu bergantung harap dengan abang kau. tapi, bila kau kena buat segalanya sendiri, kau akan jadi patah kaki. faham?



jadi, aku rasa jalan terbaik sekarang.. aku balik rumah tenangkan fikiran. kadang-kadang bila kita sorang, kita tak boleh fikir dengan waras. dan kau akan rasa kau sorang je betul dalam dunia ni, orang lain salah. huh, macam tak layak digelar makhluk muka bumi kalau kau dah macam apa, penting diri sendiri. susah-susah sangat pergi la kau duduk kat planet marikh sana.

oh ya, sesetengah orang mungkin tak akan tahu kalau tak diberitahu. maka, aku akan bagi tahu, biar kau tahu. (sudah, jangan nak pening-pening). kalau nak tahu, aku memang tak suka buat keputusan dalam keadaan terdesak, dan jangan nak push aku untuk benda yang aku tak tahu, sebab bukan dalam bidang kuasa aku untuk tentukan benda yang belum jadi. mungkin sudah tersurat aku memang akan jadi decision maker yang paling lambat dan lembs* dalam dunia, sebab keputusan aku pasti keputusan last minute. entah la, mungkin aku jenis yang tak suka fikir sampai terpecah-belah kepala untuk benda yang belum jadi lagi. mungkinlah~

eh, penuh emosi la entri ni. maka, aku akan berhenti tulis dulu, sebab aku takut keyboard aku basah.

p/s; aku rasa orang akan jadi lebih sensitif bila melibatkan isu kekeluargaan. entah la, mungkin aku tak biasa. orang takkan pernah faham. blog ni pun tak mungkin la dapat faham, kan?


0 COMMENTS:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...