11 December 2011

perkongsian.

orang cakap, dalam memilih pasangan hidup, pandanglah dengan mata hati, bukan dengan mata hempedu. ciss, dila kau jangan nak buat ke-simpulan bahasa sendiri.

hujung minggu ni saya habiskan dengan berkasih sayang dengan TV sahaja. semalam terlepas satu keajaiban besar, iaitu gerhana bulan penuh gara-gara menonton Anaconda lakonan Jeniffer Lopez. lepas tu mulalah 'ahh ruginya tak dapat tengok gerhana. takpelah kita tengok kat youtube je'. heh, sepatutnya Anaconda tu yang kita patut tengok kat youtube. biasalah dila, pelik-pelik aje =.='

semalam mak menelefon. hujung minggu adalah hari berborak isu semasa dan isu anak-beranak dengan mak, walaupun perkara remeh temeh yang dibincangkan, contohnya 'oyenk (kucing) dah makan belum? ubi kayu dekat laman dah cabut ke belum nak buat kerepek?', dan sebagainya la. borak sampai ke laut patut la bil telefon melangit ke tujuh. HAHA.

sebenarnya, aku bitter semalam. bitter dengan... ah sape-sape la. pastu mengadu kat emak. oh sebelum tu aku dah up status siap-siap kat twitter, yang aku tengah bitter (weh pantun ke apa ni?). sikit-sikit up status kat twitter. sebenarnya daku sudah tidak gemar up status kat facebook, daku lebih gemarkan twitter. kau tahu kenapa? kalau kau up status 'ah, kenyang sudah makan nasi lauk budu' dekat twitter, takde orang pun nak menyampah dengan kau. kalau kat facebook, aku rasa mahu ramai gila yang annoying dengan kau. boleh jadi, 100 person doesn't like this. boleh jadilah.

kejap. sebenarnya tak berniat pun nak tulis panjang2 pasal twitter vs facebook. ciss buang masa betul.

mak tahu aku bitter tapi dia buat-buat tak sedar yang aku tengah tahan rasa, lalu dia menukar topik. 'ala, mak call bukan apa.. nak tanya je.. gusi bengkak lagi tak? mak risau kot-kot la gusi bengkak lagi sampai tak boleh makan'.

aku bertambah parah. mak tak pernah gagal buat aku rasa terharu. terasa ingin menangis lama-lama je di sini. izin laluan, T________________________________T

kita tinggalkan cerita aku bitter semalam. hari ini bangun dengan positif buat-buat macam takde pape. kita teruskan dengan cerita hujung minggu. menjelajah blog orang sudah menjadi rutin. kadang-kadang malu bila melihat blog orang lain yang penuh ilmiah, sedangkan blog sendiri? jauh panggang dari api. ewahh bermadah!

ada satu artikel yang menarik perhatian saya. sebenarnya saya tertarik dengan tajuk entri tu. sebab saya pun pernah buat entri tajuk macam tu. ingatkan content sama, rupanya....(hihi perasan!). rupanya, content entri tu jauh lebih bermakna. terasa kerdil pula T.T


bacalah. malu membaca sesat jalan. tak gitu?

0 COMMENTS:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...