
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman sekalian. (elok sungguh tutur kata. anak sape la ni. auww *blasing*)
OK OK mari kita skip ayat-ayat rapikan. terus saja keep this entry ♥ short and sweet ♥. wahh giteww kan. suka letewww~ (duhh saya tak suka sebenarnya cakap macam budak-budak sekolah. wadeheel~ an an. apa tu? euwwwwwww)
Eh tadi cakap taknak merepek? baiklah. merepek, nyah kau dari sini! (??)
Sempena tahun baru, saya nak berterima kasih kepada anda semua yang tak jemu menyokong saya dari belakang, mahupun dari tepi (pun boleh). eh apehal kau berucap bajet macam dapat Anugerah Nilam?
SERIUS!
Saya dengan rasa rendah diri dan berbesar hati (dah la rendah, hati plak besar. tak faham betul aku). dila move on please!
Sukacitanya saya ingin menjemput pembaca budiman sekalian untuk memberi sedikit pendapat/kritikan/pujian/penghinaan (oh jangan!) pendek kata, buat REVIEW tentang blog ini. ringkas pun takpe. nanti sila tinggalkan link di ruangan komen. namun, tiada paksaan. kalau rajin buat. untung-untung dapat merasa orang belanja pizza (eleh pizza je?). mana tahu menang reviewer cemerlang, who know? *ayat pancing* ceh dah tahu da dila ni, ayat nak manis saje =.='
APA? takde blog? jangan risau. just drop your comment! masa ni la silent readers boleh menonjol. takpe saya tak paksa pun anda review sampai kena create blog bagai. kalau tak dapat review, drop je comment. senang bukan?
Ini adalah sesi beramah mesra bersama pembaca namanya. eleh bajet ramai readers. takpe2, tak kisah pun. daku bukannya retiss, ku sedar siapa diri ini~~~~~~~~ *tiba nyanyi* sudahh! kalau tak nak komen pun takpe, tapi kalau komen lagi baik. apa jua komen anda saya akan terima, walaupun hanya mengucapkan Hi. saya gerenti akan reply Hi! dan Bye! (tambah sikit =.=)
NAMUN (ada namun ya tuan puan)
Saya hargai jika anda dapat nyatakan sejarah penemuan blog ini. (sejarah negara pun failed, ada hati suruh orang nyatakan sejarah blog sendiri? never mind, sambung). bagaimana anda terjumpa blog adyllbbs ni? sedang berjalan-jalan tetiba tersepak ke? (contohhh)
Ataupun, saya tetapkan la beberapa kriteria supaya anda tidak pening lalat. lalat pun kepeningan lalu terbang meninggalkan blog ini. (hoii makcik kau merepek apa ni?)
Komen boleh terdiri dari segi apa jua benda sekali pun:
- Layout (header huduh? font kecik sangat ke?)
- Bahasa (bahasa rojak? rojak makan petang2 pon sodappp kan? =.=')
- Tuan blog (comel? terima kasih. ♥ hiks)
- Content
- Apa yang best/tak best pasal blog ni?
Whatever lah. senang cerita, boleh je komen apa jua benda sekalipun! tak payah rigid sangat ikut skema.
Apa yang kurang saya akan cuba perbaharui di masa akan datang. pergh azam baru ke hape ni?? #%^&* setidak-tidaknya, kita boleh berubah. makna kata, jika sebelum ni syok sendiri je mungkin, maka lepas ni akan berubah siapa tahu?
Till then, take care dan selamat tahun baru readers :)
p/s: setiap komen akan di review terlebih dahulu.
p/s^2: saya akan pilih the best komentar *ganjaran menanti anda* :)








3 COMMENTS:
Hi!
Tuan blog, rasanya sy jmpa blog ini sewaktu sy ingin membuat blog list yg ingin di follow di blog sndr. Hehe, boleh tak skema komentar begini tuan blog? Rasa2 boleh menang tak ganjaran tu? Haha.
:P
lama x jumpe tuan blog ni..
i jumpe blog ni time google sal paprik. nice info! pastu teros baca. hehe. share lg resipi pls.
Post a Comment