05 January 2012

Bersyukur.



Bismillah. Assalamualaikum.

Benarlah orang cakap, zaman study paling menseronokkan. seronok sebab kau perlu ngadap buku dan pergi exam je. zaman kerja pulak, TAK BESST! ngadap monitooooooooor je. sampai power spec meningkat naik, pinggang sakit, lutut terketar-ketar, dan anda bakal mengalami osteoporosis (hoi kau main sebut je!) kalau hari-hari macam tu.

Jadi, para pelajar sekalian bersyukurlah anda. hidup anda sungguh indah tahu? ala, setakat failed test tu, normal la! *gila tak membantu* ceh dila kau keluar sekarang!

Apa-apa pun, belajarlah mensyukuri nikmat hidup. sudahkah anda bersyukur hari ini? Alhamdulillah, syukurilah segala nikmat yang Tuhan bagi walaupun ia sekecil-kecil nikmat. Dia nak bagi memang senang TAPI kalau Dia nak tarik balik pun kejap je. *renung2 kan*

Baiklah.

Tadi, saya pulang lewat. (apesal kena bold? entah la aku pun tak tahu nape). bekerja sehingga lewat malam sangat mencabar emosi dan jiwa raga, tahu? macam-macam benda boleh jadi. namun, saya serahkan segalanya kepada sebaik-baik pengatur. niat yang baik akan diberkati, Insya Allah.

Oh ya, mungkin anda tidak tahu saya bekerja ikut masa Eropah. berurusan pun dengan user Eropah. dan secara tak langsung kenal jugak la tempat2 kat Eropah (cewahh padahal tak pernah sampai pun). DAN apa yang best adalah kau akan belajar culture kat sana secara tak langsung. tahukah anda, maternity leave untuk warga Budapest, Hungary adalah up till 2 years? gila lama kan? tak payah fikir sampai terpecah belah kepala anak nanti sape nak jaga, anak nanti cukup susu ke tak, dsb. OK kawan-kawan lepas kahwin saya galakkan anda tinggal saja di Budapest. KAHKAHKAH.

Working for EAME region, waktu Malaysia adalah kurang lebih 1-10 pm. hampir setahun menimba pengalaman, Alhamdulillah. walaupun pada mulanya, macam tak biasa sangat la. maklum la, kerja macam takde life. walaupun masuk lambat, (kau boleh tidur lama gila lepas subuh.) *OK azam baru nak bangun awal, agaga* DAN balik lewat malam, tu bukanlah sesuatu yang menterujakan sangat pun. cuma, yang best kerja sampai malam adalah.... kau boleh rasa bagaimana rasanya lunch dan dinner sekali. (apa yang best? tak best ponng!)

Sebenarnya, apa yang tak best menjadi seorang wanita yang bekerja sehingga lewat malam adalah:

  • orang kampung akan bising. tu pun, kalau mereka tahu la. nasib baik saya kerja kat L.A (ok tipu) kampung saya di Terengganu.
  • kau akan bergegas pulang tepat jam 10 sebab nak kejar LRT.
  • kalau kau balik lambat sikit dan orang lain dah mula beransur pulang, kau akan mula berfikir yang macam-macam. i mean, kau akan rasa seram sejuk bagai ada orang nak tepuk kau dari belakang (padahal takde pun!) *maklum la, dengar cerita orang* real story OK! lalu kau akan terus pakai headset dan dengar lagu nasyid kuat-kuat. wahh lagu nasyid katanya. eh tahukah anda mendengar lagu nasyid hati boleh jadi tenang? tahu?!


destinasi cinta yang ku cari~~ (destinasi cinta: mestica)
*promote nasyid tetiba*


Sambung. banyak halangan sebenarnya. mahu ke saya list kan satu-satu? rajin ke nak baca? DAN paling penting, ada ke korang kisah? HAHA.

OK lah, saya ceritakan satu kisah. kisah benar. paling tak pun saya tambah juga la cerita rekaan berserta sound effect kasi dramatik sikit kan penceritaan ni (hoii cerita je la makcik!)

Begini,

Tadi saya assist satu user (user UK kot). dia tak dapat access Lotus Notes. OK tak payah cerita panjang, dipendekkan cerita saya terpaksa buat netmeeting dan sedikit troubleshooting padahal masa tu dah dekat jam 10 malam. hati berdebar-debar dah risau kemain. kau tahu sebab apa?

sebab duk fikir, sempat ke kejar LRT ni? sempat ke ni? sempat ke? *terasa mahu menangis lama-lama je saat tu*

kemudian, sempat lagi fikir macam mana nak mintak excuse dengan user tu. takkan nak cakap:


sorry, gtg. i've to catch the train.
u know, i'm single lady (single lady, single lady~) *nyanyi tiba*
u know, no one (err i mean husband) can pick me up. *auww perlu ke?*
ughhh please, don't you undertstand??


kemudian fikir, gila kejam cakap macam tu TAPI nak buat macam mana? T.T

kemudian, berfikir secara kejam lagi. apa kata minta excuse nak pergi toilet lalu sebenarnya terus offline dan leave the conference serta merta *opss*

TAPI tak buat jugak. kenapa? sebab tiba-tiba datang rasa bersalah, terus betulkan niat dan kembali bekerja dengan ikhlas. syukurlah, tak lama lepas tu everything was fine. saat user cakap 'thank you, really appreciate your quick help', rasa macam satu kepuasan hati walaupun terpaksa cepat-cepat off pc, terpaksa cepat-cepat habiskan nescafe terkocoh-kocoh, cepat-cepat berjalan bagai lipas kudung mengejar LRT (lipas kudung bagaimanakah boleh berjalan?? ah never mind)

Itulah antara dugaan dan halangan. kau akan ambil risiko pulang seorang diri malam-malam.

Belum lagi cerita pasal dugaan ke tempat kerja. saya pernah kena pukul di bahagian tengkuk (scary ok!) sedangkan saya hanya mengukir senyuman *dengan niat senyum itu satu sedekah* lepas tu tak berani dah senyum secara random T______________T

Belum lagi cerita pasal orang tahan tengah jalan nak pinjam duit sebab dompet dia tertinggal kat dalam taxi. (hoii pergi balai polis jela, kenapa nak kena pinjam duit orang) TAPI tak berani cakap macam tu. dan dan je cakap 'sorry i have no cash' lalu berlalu pergi dengan harapan dia tak datang karate tengkuk secara diam-diam. God forbid, tak sanggup pisang berbuah dua kali. nasib baik Nas ada masa tu.

Belum lagi cerita ada foreigner tiba-tiba hulur kamera suruh ambilkan gambar. itu tak kisah sangat la. tapi yang buat saya jadi kisah adalah bila dia bertanya soalan pengetahuan am yang sangat menguji minda. macam mana nak jawab bila ditanya 'when the eclipse is going to happen tonight?' aaa mula la tergagap-gagap nak jawab lalu sengih saja macam kerang busuk. 'eclipse? err yeah. just wait and see :)'. blerghh jawapan selamat. malu rasanya jadi Malaysian. mula la rasa nak terbang g Paris masa tu jugak (takde kaitan)

Belum lagi cerita kena kacau dengan budak-budak bujang yang menyewa dekat rumah. saya pantang betul dengar bunyi macam tikus ke cencorot tu, rasa nak baling batu bagi bisu je. *emo*

Macam-macam cerita la.

TAPI memikirkan hidup ini perlu diteruskan, nak hidup kena kerja, kalau kerja kena balik malam, dan balik malam pulak pasti ada siulan orang bujang tidak siuman, MAKA saya tabahkan juga hati demi mencari sesuap nasi. (ewah bermadah!) saya gagahkan juga hadapi kitaran hidup aturan Tuhan. still, bersyukur. Alhamdulillah =)


10 COMMENTS:

Anonymous said...

setahu aku, lrt 1130pm pun ada lagi kan?

bujang cencorot tu mesti xhensem. sebab tu ko nak baling batu kan?

heheh

-rrrrrrrrubi

aDyLLa OmaR said...

anon aka rubi,

aku tak sure. kalo keluar ofis pukul 11, mahunya sampai lrt 1120 *berjalan pantas bukan lenggang kangkung* maka, 10 minit terakhir sebelum last tren boleh buat aku sawan okeh? HAHA

dah nama pun cencorot beb. kau rasa hensem?? HAHA. *sebenarnya aku tak pandang pun dorg. entah2 hensem. HAHA gedix*

Anonymous said...

sekali hensem cam hrithik roshan,
mahu x OMG! OMG! ko kat situ nanti.

ahaks..

-rrrrrrrrubi

aDyLLa OmaR said...

rrrrrrrrubi (asal ku eja nama kau camni? banyak beno R)

kalo hensem macam hrithik roshan, aku terus masuk minang la. wakaka~ (maen2 eh!)

Anonymous said...

trrrrrrademarrrrrk aku. <--ok, over giler di situ.

anyway, setiap bergerak dgn bismillah. mudah2an enggak di-apa-apa-in..

-rrrrrrrrubi

aDyLLa OmaR said...

rrrrrrrubi,

kuat pengaruh cite indon ko neh. haha.

Insya Allah. thx bebeh :)

beaBeLL said...

sebelum nk kua selawat ngn bace bismillahitawakkaltualallah beb. insyaAllah dilindungi bile niat kt baik kan. hehe. long time no see my prenn

aDyLLa OmaR said...

bell,

yup. as written in my previous entry before. thank you bebeh :)

lame kan? T.T

sulyyana said...

take care dyla~~

p/s : miss u~

aDyLLa OmaR said...

suly,

thx beb. mishyew too. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...